Tuesday, October 1, 2013

Kasut Swat Original





Ini aku nak story pasal Kasut Swat Original yang dibeli oleh anak aku yang bertugas di Sabah.  Kasut ini dibeli dari Semenanjung oleh pegawainya dalam harga RM 360.00,

terus di pos ke Sabah. Kalau kat sana sudah tentu harganya mahal.....
Apa kesesuaian kasut ini pada dia?  Kasut Swat sesuai untuk aktiviti lasak, menembak dan semasa mengikuti operasi.......  

Kasut Swat ini biasanya digunakan oleh pasukan Polis SWAT (Special Weapon and Tactical) di USA.
Kenapa dia beli kasut Swat ini walaupun dapat kasut isu? Kasut isu yang 
pihak ATM bagi tu tapaknya keras.  Di dalam kasut swat ini ada span, lembut jer 
kalau dipakai, di sebelah tepi kasut ada zip, mudah dan senang nak buka.  
Setahu aku dia ada banyak brand iaitu Tactical Boot Swat, 5.11, Delta, Original Swat Classic,Magnum dan sebagainya.  

Tetapi lebih baik beli yang original 'alah membeli menang memakai'
Besok dia dah nak pergi operasi.....(seminggu jer....)
Kasut Swat juga dipakai oleh anggota unit Komando kerana ketahanan dan kelasakannya.

MP :  Best... kalau masuk Askar Melayu penuh dengan kursus, training dan operasi.....
        banyak pengalaman dapat menggunakan senjata GPMG, M4, MINIMI......