Cita-Cita Anak

dokumen peribadi
Minggu lepas aku dapat call dari anak lelaki ku yang bertugas di Sandakan, Sabah dia suruh cari salinan sijil-sijilnya untuk rujukan pihak Angkatan Tentera Malaysia. 

 Fail personal anak-anak memang aku akan asingkan, setiap seorang ada satu fail peribadi...(nasib baik anak 4 orang....hihi). Semasa tengah mencari sambil mengemas fail-fail yang banyak bersusun di dalam kotak terjumpa satu dokumen anak.   Dokumen peribadi untuk murid-murid yang masuk sekolah.  Di dalamnya ada kenyataan 
' APA SAYA HENDAK JADI BILA SAYA BESAR '.  
Mengikut impian anak pilihan pertama hendak menjadi Jurutera, kedua sebagai Pelumba Kereta dan pilihan ketiga sebagai Tentera.  Akhirnya pilihan ketiga menjadi impian dan mencapai cita-cita anak aku yang sekarang berkhidmat sebagai seorang anggota tentera.  Sebagai parent walaupun kekadang impian kita tidak tercapai tetapi berdasarkan minat dan pilihan anak, seharusnya kita memberi sokongan padu terhadap cita-cita anak-anak kita.

MP :  Impian aku dulu hendak menjadi stewardess...oppss....

Comments

Popular posts from this blog