Majlis Kenduri Rumah Baru
Rumah baru |
Minggu lepas ada kenduri rumah baru adik aku di kampung. Petangnya nasi himpit dan ketupat daun palas sudah sedia untuk direbus sampai ke malam. Malamnya menanak pulut
kuning dalam 1 gantang lebih rasanya....Pulut kuning nie memang my favourite, kalau dicicah rendang memang ohsem......
Tugas aku pulak yang diamanahkan iaitu memasak kuah kacang dalam seperiuk besar jugak.
Kuah kacang yang aku masak dimakan bersama nasi himpit dan ketupat daun palas habis dijamu pada tetamu yang datang takder tinggal saki baki pun, sapa yang tak rasa tu rugi besau ler....hoho...
Tapi pulut kuning dan kuah kacang tak sempat nak ambil gambar....termasuk makanan lain....leka dengan melayan tetamu dan makan-makan aku lupa nak ambil gambar makanan...memang mengenyangkan....tak larat dah.....
Uolls layankan jer gambar time kenduri nie yea.......
MP : Suasana yang sibuk minggu lepas menyebabkan aku tak update entry kat blog dan tak sempat nak blogwalking.....
Comments
Post a Comment