Tahukah Anda Telur Punca Makanan Kotor Dan Membawa Penyakit ?

Chicken eggs. One egg is broken. - stock photo

Tahukah anda telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasakkan ke dalam makanan.  Aku selalu membasuh telur dahulu sebelum disimpan di dalam fridge.

Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.

Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.


Hakikatnya aku tak berapa suka makan roti canai @ yang sewaktu dengannya sebab kadang-kadang peniaga tidak membasuh telur dan terus memasaknya....

MP : Berhati-hati membeli makanan di luar, pastikan kebersihan dijaga....

Comments

Popular posts from this blog