Kelebihan Beristighfar


Banyak kelebihan beristighfar boleh kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.
Istighfar mempunyai kekuatan, keutamaan juga pengaruh yang kuat sesuai 

dengan niat kita yang ikhlas mengharapkan sesuatu daripada-Nya. 
Melalui berzikir, setiap yang susah akan menjadi senang, setiap yang sukar
menjadi mudah, semua bebanan yang berat akan menjadi ringan dan semua bala 
bencana akan lenyap.
Sabda Nabi S.A.W, " Barangsiapa yang memperbanyakkan beristighfar, nescaya allah menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan dan jalan keluar dari setiap kesempitan, serta Dia juga akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tak disangka-sangka"....SUBHANALLAH....MAHA SUCI ALLAH....

Kelebihan-Kelebihan Berzikir :-
1.  Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2.  Menyebabkan keredhaan ALLAH S.W.T
3.  Menjauhkan dukacita dan kerisauan daripada hati.
4.  Menenangkan dan menggembirakan hati.
5.  Menguatkan hatidan badan.
6.  Menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
7.  Menarik rezeki.
8.  Zikir melahirkan cinta terhadap ALLAH S.W.T dan cinta merupakan roh islam, sumber agama, kebahagiaan dan kejayaan. Sesiapa yang ingin mendapatkan cinta ALLAH maka hendaklah dia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana membaca dan muzakarah merupakan pintu ilmu, demikianlah zikrullah merupakan pintu cinta akan ALLAH.
9.  Zikir menghampirkan seseorang kepada ALLAH S.W.T. Sebanyak mana seseorang itu berzikir maka sebanyak itulah dia akan hampir kepada ALLAH S.W.T. Sebaliknya sebanyak mana seseorang itu lalai daripada zikrullah maka sebanyak itulah dia jauh dari ALLAH S.W.T.
10.  Zikir membuka pintu makrifatullah.
11.  Zikir menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyyah rah. berkata bahawa zikrullah bagi hati adalah seumpama air bagi ikan. Cuba fikirkan keadaan ikan tanpa air?.
12.  Zikir adalah makanan roh dan hati.
13.  Zikir membersihkan karat daripada hati sepertimana diterangkan dalam hadith bahawa setiap sesuatu ada karat dan kekotoran yang tersendiri. Karat dan kekotoran hati adalah keinginan nafsu dan kelalaian, yang hanya dapat dibersihkan melalui zikir.
14.  Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
15.  Sesiapa yang mengingati ALLAH S.W.T dalam kesenangan, ALLAH S.W.T akan mengingatinya dalam kesusahan.
16.  Zikir menyelamatkan seseorang dari azab ALLAH S.W.T.
17.  Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.
18.  Zikir adalah penghadang daripada api neraka. Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu perbuatan yang buruk maka zikirnya akan menjadi penghadang antaranya dengan api neraka. Semakin banyak berzikir maka semakin kukuhlah pendinding itu.


MP : Semoga menjadi amalan dan panduan....

Comments

Popular posts from this blog