Tukar Bateri Kereta

Bateri Baru
Semalam balik kerja singgah jap di kedai bateri kereta.  Memang niat nak tukar bateri sebab jangka hayat bateri kereta ini dah 2 tahun.  

Menurut rekod bateri kereta jangka hayat lebih 2 tahun mesti kena tukar yang baru, jika tidak alamatnya akan susah nak hidupkan enjin kereta. Macam mana nak tahu hayat bateri kereta? Pertama bila kita susah nak start enjin kereta, kalau kita on lampu mesti malap @ tak terang.  Pergi ke kedai bateri kereta dorang akan menggunakan meter untuk periksa jangka hayat bateri, kalau lampunya merah bermakna bila-bila masa bateri kereta akan out, jika hijau bermakan bateri kereta tak der masalah......


Memasang Bateri kereta
So aku guna bateri basah dan bukan bateri kering, kenapa bateri basah? 
Aku punya suka ler...opsss  FYI dalam bateri kering pun bukannya kering,
di bawahnya memang berair tetapi kita tak perlu isi air bateri berbanding
dengan bateri basah yang perlu kita periksa airnya supaya tidak kering.
Kalau air baterinya kering masalah lain akan timbul. Kena ler selalu periksa air bateri ini.
(panjang cerita bateri kereta nie....)


Bateri baru dah siap pasang
Ok berbalik pada cerita tadi untuk kereta yang sememangnya menggunakan sistem elektronik bila mengangkat bateri lama  dan memasang bateri yang baru, suis kereta perlu dihidupkan dahulu supaya sistem elektronik kereta tidak terganggu. Prosesnya sekejap sahaja. Jikalau tidak kita kena set masa, radio dan yang sewaktu dengannya.  Kebiasaannya begitu ler....


Resit
Harga bateri basah ini harganya dalam RM 150 jer dan bateri lama tolak dalam  RM 20.
Murahkan harga bateri basah ini, untuk makluman size bateri yang saya guna iaitu
E2 NS 60LS untuk model kereta jenis ini.




MP : Hari ini Negeri Melaka cuti sempena birthday TYT Melaka, so dapat ler aku ambil anak perempuan yang cuti semester di UIA PJ.....

ceritamayapersada.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog