Cerita KOMANDO Di Pagi Raya



Pagi-pagi ini jom kita layan cerita KOMANDO merayakan kisah beraya semasa bertugas.
Sama-sama lah kita hayati............ Pengorbanan anggota keselamatan menjaga keamanan. 
"TAKBIR RAYA REJIMEN 22 KOMANDO - ZULU ALPHA SKUADRON : Hari Raya Qurban 1988. Kenangan yang sukar dilupakan semasa menjalani operasi di Miri,Sarawak. Saya dengan 4 anggota (RKK) telah pun bersama hampir 2 bulan di sebuah penempatan suku kaum di pendalaman Sarawak. Anggota-anggota dalam Tim saya amat-amat brutal, kurang  bercakap dan amat-amat professional dengan terjawab dan peranan yang diamanahkan kepada  mereka. Alhamdulillah kerana berpeluang bertugas dengan mereka. Wajah masing-masing boleh dikirakan amat-amat layak untuk menyertai team Pirate of The Caribbean,tiada seorang pun mempunyai iras Tom Cruise/Brad Pitt. Komando lah katakan!! Saat itu cuma saya yang masih belum berkeluarga, manakala yang lain telah pun mempunyai isteri dan anak-anak. Demi menyara keluarga, mereka amat komited pada tanggungjawab dan tugas. 

Pada pagi hari raya di dalam operasi tersebut, dapatlah menjamah sedikit juadah istimewa,dengan biskut keras yang dijadikan puding dan rendangnya pula tetap dengan daging dalam tin....cukup menyelerakan. Masing-masing makan dengan diam tanpa bercakap walau sepatah perkataan. Terlalu sunyi saat itu setelah masing-masing menghulurkan kemaafan sesama sendiri, sebelum menjamah hidangan raya yang hebat tersebut. Sewaktu sedang makan,terdengar panggilan radio. Sebagaimana biasa anggota semboyan meninggalkan makan dan menjawab panggilan tersebut. Setelah selesai menjalankan tugasnya, entah mengapa dia sengaja mendapatkan frekuensi radio awam...saat tersebut terdengar takbir. Dia segera nak menutupnya dan memandang saya. Saya kata biarkanlah habiskan takbir raya tersebut. Kami menyambung makan sambil mendengar takbir raya.
Rejimen 22 Komando

Di saat itu,masing-masing makin menunduk kepala, tak seperti sebelum takbir raya berkumandang. Apabila mereka mengangkat kepala sewaktu nak menambah makanan...ternampak bergelinang airmata mereka,walaupun tak menangis dan tak menitik jatuh. Jelas nampak bebanan rindunya mereka kepada  anak-anak dan keluarganya. Seorang demi seorang minta izin untuk mengelak diri berada dalam kelompok yang sedang menjamah juadah raya tersebut. Setegas dan segarang mana pun mereka dalam tugas,tapi di hati kecil masing-masing cukup besar tamannya terhadap keluarga,terutama anak-anak. Walaupun tanpa meluahkannya,tapi  jelas saat tersebut yang demi pengorbanan tugas dan terjawab untuk negara, mereka  berkorban masa-masa indah bersama orang-orang keluarga tersayang.

PROUD TO BE SERVE WITH ALL OF YOU BUDDY. Di manakah mereka sekarang setelah 25 tahun kejadian ini?. Rasa teringin sangat-sangat nak beraya bersama-sama lagi dengan hidangan-hidangan hebat tersebut. Semoga rakan-rakanku sentiasa berada dalam kesejahteraan dan berbahagia bersama keluarga masing-masing.

YOU ALL ALWAYS THE BEST MEMORIES IN MY LIFE. THANKS BUDDY!!! Selamat Menyambut Aidi Adha. Maaf Dzahir & Batin"

Credit : Sumber

MP : Salam Aidil Adha jua buat anakanda di 22RAMD Kem Kinabatangan Sandakan.....

Comments

Popular posts from this blog