Pemberhentian Perkhidmatan EMAIL Telekom Malaysia


Source extracted from google
Syarikat aku ada dapat surat dari Telekom Malaysia memberitahu perkhidmatan EMAIL TM akan diberhentikan berkuatkuasa 1 Disember 2013.  
Ada antara EMAIL syarikat yang menggunakan streamyx.com lagi walaupun aku dah create EMAIL baru, tapi kebanyakkan customer masih lagi berhubung menggunakan address EMAIL berkenaan.  Antara EMAIL yang berkaitan ialah :-

1.   streamyx.com
2.   tm.net.my
3.   hsbb.com.my
4.   bluehyppo.com
5.   unifi.com

Oleh yang demikian kalau uolls ada menggunakan perkhidmatan EMAIL TM sila alihkan maklumat dan data peribadi kepada EMAIL yang lain seperti yahoo mail @ hotmail.

Pihak TM memberitahu kerana perkhidmatan EMAIL di atas agak jarang digunakan, kurang berdaya saing dan merugikan kos perkhidmatannya.  Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan  :-
1.   TM POINT
2.   DAIL '100 '  untuk domain 'streamyx.com, tm.net.my dan bluehyppo.com.my'
3.   DAIL ' 1300881221 '   untuk domain 'unifi.my dan hsbb.com.my'

MP : Aku guna yahoo mail......

Comments

Popular posts from this blog