Pergi Klinik 1 Malaysia di UTC Melaka


Pagi tadi aku ke Klinik 1 Malaysia di Bangunan UTC Bandar Melaka. 
 Anak aku yang demam masih boleh kebah lagi. UTC terletak berhampiran 
di kawasan kediaman aku so senang ler kalau aku nak mendapatkan perkhidmatan di sana.

Sampai di sana jam 8.00 pagi, tapi pintu klinik ini dibuka jam 8.30 pagi. 
So aku tunggu di luar pintu masuk, di situ ada disediakan kerusi-kerusi untuk orang ramai.  Di luar situ ada terdapat mesin auto teller (ATM) dari pelbagai bank.
 Berdepan dengan klinik 1 Malaysia terdapat kedai 1 Malaysia dan kiosk PDRM.
Untuk keterangan lanjut klik di sini
Tepat jam 8.30 pagi bila pintu klinik dibuka, terus aku buat proses pendaftaran 
dan berjumpa dengan doktor.
Doktor bagi ubat kumur dan ubat serbuk oren bagi mendapatkan tenaga, 
ubat demam guna yang lama (masih ada lagi yang lama).
Doktor perempuan yang lembut itu memberikan 2 hari MC kepada anakku, tapi kalau sihat besok dah boleh pergi sekolah. Anakku tak pernah ponteng sekolah rasa sayang kalau tak datang walaupun satu hari...
(dia ikut perangai aku yang rajin ke sekolah...hehe)
Untuk proses pendaftaran bayaran RM 1.00 dikenakan kepada pesakit.

MP : Mood rasa nak demam ler pulak....


Comments

Popular posts from this blog