Saturday, March 8, 2014

#Pray For MH370 - Pesawat Mas Hilang

sumber
Pagi  tadi bila aku online terjumpa dengan tajuk entry kapal terbang MAS MH370 yang hilang.  Ia bertolak dari Kuala Lumpur ke Beijing China dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.


Memang berdebar membaca tajuk berita ini sebabnya semalam boss aku telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Beijing tetapi aku kurang pasti flight mana. Cepat-cepat aku tengok itinerary dan aku dapati boss menaiki flight Air Asia yang bertolak pada jam 7.00 petang.  Lega sikit rasanya...tak dapat aku bayangkan kalau boss aku menaiki flight berkenaan......

Pelbagai cerita yang didengari akan pesawat MH370 yang hilang ini.  Aku berharap agar semua penumpang dan anak-anak kapal selamat dan berjaya ditemui.

Lagi berita klik sini dan sini.


MP :  Rasa berdebar-debar pagi tadi.......