Musim Demam Denggi
Salam Khamis hari ini.....kejapan dah nak sampai ke hujung minggu. Dah 2 malam berturut-turut aku membawa my kids ke Poliklinik Kesihatan Peringgit Melaka. Kelmarin bawa dak adik dan malam tadi bawa dak abang pulak.
Alhamdulillah.....dak adik dah sihat dan bersekolah hari ini setelah 2 hari MC. Dak abang pulak semalam dah demam, so malam tadi aku ke sini lagi. Kali ini dak abang kena ambil darah. Keputusan darahnya doktor cakap ada kuman sikit. Doktor bagi 2 hari MC setelah memeriksa badan, siap my hubby cakap minta ubat air sebab dia takut makan ubat. Tak macam dak adik selamba jer telan ubat.
Dua malam berturut-turut semasa aku pergi memang ramai orang. Usai sekarang memang wabak denggi telah menular pada musim panas ini, ramai yang menghidap demam. Ada yang demamnya berbalik-balik, bila jadi begini kena ambil darah dan dari sini baru tahu samada kena demam denggi atau tidak.
MP : Hope kita dapat bersama-sama menghindari penularan wabak denggi dan menjaga kesihatan.
Comments
Post a Comment