Askar Malaysia Yang Berani

Sekadar hiasan

Askar Malaysia yang berani.... Tersebutlah satu kisah pada masa dan lokasi
yang tidak dapat dinyatakan;
Ada tiga batalion askar iaitu askar dari Amerika
Syarikat, Russia dan juga Malaysia.
Maka jeneral ketiga-tiga batalion ini duduk bersama dan
berbual tentang pengalaman mereka dan juga
anak-anak buah mereka dalam
perkhidmatan. Macam biasalah Jeneral dari US
ini nak berlagak dengan Rusia dan Malaysia, dia
pun berkata;
"Apa kata kita lawan, anak buah siapa yang
paling berani antara tiga batalion ni".
Jeneral dari Russia dengan penuh bersemangat,
kata ... "Okay, tak ada masalah!"

Maklumlah askar-askar Russia ni memang tahan

lasak dan tak pernah rasa takut, penangan vodka
sepanjang masa. Tapi Jeneral dari Malaysia diam
dan senyum saja. "Malaysia, ada berani nak join
challenge?" Jeneral US dan Russia ketawa
mengekek gelakkan Jeneral Malaysia. Jeneral
Malaysia pun angguk saja, malas nak layan
Jeneral US dan Russia yang poyo.

Kemudian, Jeneral US memanggil seorang askar

US berpangkat Sarjan dan Jeneral itu bertanya
kepada anggota tersebut;
"Sarjan, kamu nampak tak bangunan tu?"
"Nampak Tuan!!!
Sarjan US itu dengan penuh semangat memberi
tabik hormat menjawab soalan Jeneral.
"Pergi naik ke tingkat tiga dan terjun dari
bangunan tu sekarang juga!"
Jeneral US memberi arahan tanpa belas kasihan.
"Baik Tuan!!!

Sarjan itu dengan penuh semangat menjawab lagi
dan tanpa sebarang bantahan sarjan tersebut pun
naik
ke tingkat tiga, lalu terjun tanpa menggunakan
apa-apa alatan, lalu patahlah kakinya. Jeneral
Russia dan Jeneral Malaysia yang menyaksikan
kejadian itu pun memuji keberanian askar US
tersebut.
"Askar US memang berani, sampai patah kaki…"
Lalu kembang kempislah lubang hidung Jeneral
US mendengar pujian tersebut.

Jeneral Russia pun tak mahu kalah dan berkata.

"Oh itu tidaklah hebat sangat. Saya akan
tunjukkan kehebatan askar Russia pula!"
Lalu Jeneral Russia pun memanggil pula askar
Russia berpangkat kapten dan dia menyuruh pula
kapten tersebut naik tingkat lima dan
terjun. Kapten Russia itu pun tanpa banyak soal
menjawab,
"Baik Tuan!!!"

Lalu kapten itu pun segera berlari naik ke tingkat
lima dan terjun dengan selamba tanpa guna apa-
apa peralatan. Lalu kapten Russia itu sama
seperti sarjan US, patah kaki juga.
Jeneral US dan Malaysia tergamam melihat
keberanian kapten Russia itu. "Wah!!! Dahsyat
betul. Selamba dia terjun dari tingkat lima!"
Jeneral Russia dan Jeneral US tepuk bahu
masing-masing sebab bangga kerana berjaya
tunjukkan keberanian askar-askar mereka.
Jeneral-jeneral itu memandang pula Jeneral
Malaysia dan dengan poyonya mencabar.

"Macam mana askar Malaysia???

Ada berani tak buat macam askar kita orang?"
Sambil budget askar Malaysia mesti tak seberani
dia orang. Jeneral Malaysia pun memanggil
seorang askarnya yang berpangkat prebet.
Jeneral Malaysia bertanya,
 'Kamu nampak tak bangunan itu?” Sambil
menuding jari ke arah bangunan tersebut.
“Nampak tuan” jawab askar Malaysia dengan
penuh semangat.
Jeneral Malaysia memberikan arahan,
“Kamu pergi naik tingkat tujuh dan terjun dari
tingkat tujuh tu sekarang!!!"
Sebaik sahaja mendengar pertanyaan Jeneral,
prebet Malaysia itu pun menjawab,
"Kepala berjambul tuan, askar bodoh je yang ikut
arahan bangang, patahkan kaki macam tu,
tuan...gila punya Jeneral.”
Askar prebet Malaysia pun berlalu meninggalkan
jeneral-jeneral tersebut.

Kemudian Jeneral Malaysia pun berkata kepada

Jeneral US dan Jeneral Russia;
"Tengok tu...askar Malaysialah yang paling
berani…"
Jeneral US dan Jeneral Russia tak faham lalu
bertanya,
"Kenapa pulak???"
Jeneral Malaysia pun balas,
"sebab askar Malaysia paling berani melawan. Itu
baru pangkat prebet..."

MP : lawak jer...yang hati kering jer ikut arahan begitu.....hahaha....


Comments

Popular posts from this blog