Duda Senang
SUNGAI KINABATANGAN, 17 MAC 2014 - Penduduk di sekitar Sungai Kinabatangan gempar apabila segerombolan Buaya Tembaga didapati terdampar di persisiran sungai jam 10.47 pagi tadi. Kehadiran buaya-buaya ini menarik orang ramai untuk melihat buaya-buaya ini sehinggakan pesisir sungai dipenuhi oleh orang ramai sekitar Kinabatangan.
Jabatan Perhilitan yang dihubungi kemudiannya tiba kira-kira jam 11.15 pagi cuba untuk menenangkan buaya-buaya tersebut, yang kemudiannya memohon supaya pemberita dipanggil.
Jabatan Perhilitan yang dihubungi kemudiannya tiba kira-kira jam 11.15 pagi cuba untuk menenangkan buaya-buaya tersebut, yang kemudiannya memohon supaya pemberita dipanggil.
Pemberita dari Reuters yang tiba kemudiannya cuba menemuramah ketua kepada buaya tersebut. Buaya yang memperkenalkan diri sebagai Duda Senang itu berkata "Seumur hidup saya 99 tahun ini tidak pernah ada mana-mana manusia yang menampar keturunan kami. Maruah kami sejak berzaman sebagai raja sungai tercalar kerana ada Bomoh yang mendakwa pernah menampar kami. Jadi saya selaku Raja Buaya mencabar Datok Raja Bomoh untuk turun ke sungai ini dan menampar muka salah seekor dari kami, jika dia handal orangnya!"
Duda Senang yang turut mendakwa selaku keturunan ketiga Bujang Senang, Raja Buaya Sarawak ketika ditanya apakah punca dia membuat kenyataan itu turut berkata "Kami malu diketawakan oleh memerang,biawak pasir,ular air, malahan udang galah pun ketawa melihat kami, kerana menyangka kami pernah ditampar manusia, mana mahu kami letak muka kami?"
Sumber : Radio Karat
MP : copy paste
Heboh pasal cerita bomoh.........
Comments
Post a Comment