Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Pengambilan 173/2013 Dan Wanita Pengambilan 35/2013
sumber |
Pada hari sabtu yang lepas 15 Mac 2014 berlangsungnya majlis tamat Latihan Perajurit Muda iaitu seramai 2,249 lelaki dan 166 Wanita. Para Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan selama 6 bulan dengan mengharungi cabaran latihan yang bermula pada 2 Sep 2013 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson.
Kesemua mereka telah diraikan dalam satu Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Padang Kawad PUSASDA yang turut dihadiri oleh keluarga anggota masing-masing.
Perbarisan kali ini turut menganugerahkan Perajurit Muda Mohamad Khatimi b. Wahid Satar sebagai penerima Perajurit Muda Akademik Terbaik. Perajurit Muda Muhamad Syafiq b. Razali sebagai Perajurit Muda Lelaki Kawad Terbaik. Manakala Perajurit Muda Wanita Kawad Terbaik dianugerahkan kepada Perajurit Wanita (W) Nor Fazira Izzati binti Mohd Redzuan. Jasmani Lelaki Terbaik dimenangi oleh Perajurit Muda Nicholas Petius dan Jasmani Wanita Terbaik dimenangi oleh Perajurit Muda Wanita Norirawati binti Abdul Wahab. Manakala Penembak Lelaki Terbaik dimenangi Perajurit Muda Wan Muhammad Akram bin Wan Azmi dan Penembak Wanita Terbaik dimenangi oleh Perajurit Muda Wanita Nor Fauzana binti Hashim.
Pelaksanaan latihan asas ini adalah untuk melatih dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan serta kemahiran asas ketenteraan sebelum diserapkan dalam pelbagai Kor dalam Tentera Darat. Latihan ini dibahagikan kepada 8 Kompeni telah melalui 3 peringkat utama yang meliputi pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, latihan jasmani, pengendalian senjata, latihan kemahiran perang di samping pengukuhan kepada aspek kerohanian kepada mereka yang beragama Islam dan kelas Moral kepada yang bukan beragama Islam. Semua ini adalah untuk melahirkan Perajurit Muda Tentera Darat yang mempunyai nilai seorang modal insan berketerampilan, berpengetahuan serta berkemahiran.
Perbarisan Tamat Latihan ini disempurnakan oleh Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi b. Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat. Dalam salah satu intipati ucapan beliau, Perajurit Muda diingatkan bahawa pemilihan mereka dalam perkhidmatan ketenteraan merupakan satu pengabdian suci kepada negara, bangsa dan agama. Perajurit perlu faham bahawa penglibatan mereka juga memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab jitu bagi melahirkan Perajurit Muda yang mempunyai keyakinan diri, berketerampilan, berdisiplin dan patuh kepada arahan.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Tentera Darat, Panglima Wilayah Timur dan Panglima Latihan Tentera Darat.
kredit : sumber
MP : Tahniah pada Perajurit Muda yang telah berjaya menamatkan latihan di PUSASDA....selepas ini akan bermula satu episod baru dalam mengharungi bidang ketenteraan......
Teringat memori tahun lepas semasa my son tamat latihan di siri 172/2013....
Comments
Post a Comment