Sajak Komando

kredit : sumber

9 Februari 2013, 

tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,


Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013,
Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013

Photo: 1.3.13 - 1.3.14 - Setahun Telah Berlalu ....

Sabaruddin terkorban akibat kecederaan di kepala selepas terkena tembakan pengganas, tetapi tiada anggota lain dalam kumpulannya cedera.

Ketika pertempuran itu, katanya, beliau menerima maklumat melalui walkie-talkie mengenai kematian seorang anggota kumpulan lain, Inspektor Zulkiflili Mamat selain dua anggota parah iaitu Koperal Azman Ampong dan Koperal Tarmizi Hashim.
kredit : sumber
kredit : sumber

MP :  Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang disambut pada 1hb Mac, marilah kita mengingati pejuang-pejuang tanahair yang terkorban.....juga genap setahun anggota-anggota VAT69 yang terkorban di Lahad Datu ....

Comments

Popular posts from this blog