Bila Suara Tidak Keluar

Sumber
Bila tengok gambar di atas, aku teringat pernah kena 2 kali suara tak keluar dari kerongkong.
Masa tu suara aku memang tak keluar langsung. Telefon pun aku tak mahu angkat.  Kalau aku angkat dah tentu orang di sana cakap sorang-sorang. Kalau nak cakap tulis kat kertas @ guna bahasa isyarat jer.  Memang perit, rasanya dalam beberapa hari juga suara tak keluar dari kerongkong ini. Kawan-kawan pun kena faham apa yang aku maksudkan.

Agak-agak macam tu ler orang bisu berinteraksi dengan orang ramai. So bayangkan kalau pancaindera yang ada pada kita ditarik dan kita hilang nikmatnya.

Bersyukur dengan apa yang ada dan hargailah nikmat yang Allah berikan pada kita.

MP :  Bersantai bersama keluarga......

Comments

Popular posts from this blog