Kisah Kentut
sumber - sekadar hiasan |
Ketika mesyuarat sedang berlangsung antara para guru guru dan guru besar, tiba-tiba terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing-masing memberikan komen:
Guru maths: Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru muzik: Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru agama: Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru bahasa: Perkataannya boleh ditulis, tapi aromanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Guru sejarah: Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru besar: Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya???
copypaste dari wechatt...
MP : sekadar lawak hilangkan stress......hahaha
Comments
Post a Comment