Tarikh Bersejarah Pada 1 Mac


Apa yang menariknya tarikh 1 Mac pada hari ini.  Banyak lipatan sejarah ada pada tarikh 1 Mac.  Antaranya hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia yang Ke 81.
Sekarang di Bandar Tentera Darat Port Dickson sedang berlangsung pelbagai acara sambutan HUT Angkatan Tentera Malaysia.  Sila rujuk sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Photo: 1.3.13 - 1.3.14 - Setahun Telah Berlalu - Pelan pengganas berjaya digagalkan.

Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar2 Filiphina ... mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA MALAYSIA.

Walaupun pengganas2 ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
Bakinya dipecahkan ke enam daerah yg lain termasuk Semporna. Namun melihatkan kekalahan mereka di Felda Sahabat, akhirnya rata2 pengganas kemudiannya tidak berani bertindak seperti yg mereka rancang sedari awal, lalu berundur menyeludup seperti orang awam.

Ramai yg mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yg kita ada iaitu 'CommJam Fuch 6×6' hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

Bagaimana pun kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat2 lain seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

Memang sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yg sama pasukan tentera & polis juga di atur gerak ke tempat lain.

Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang sudah kami jangka, kerana rata2, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan & taktikal.
sumber
Pada tarikh ini juga setelah setahun berlalu menjadi saksi terkorbannya perwira-perwira negara di Lahad Datu. 

sumber
Pada hari ini juga perasmian jambatan kedua Pulau Pinang kedua dari Batu Maung ke Batu Kawan.  Jambatan ini juga dengan rasminya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dengan jarak sejauh 24 kilometer dengan 17 kilometer di atas lautan dan  7 kilometer di atas daratan.


1 Mac 2014 ini juga genap 10 tahun penubuhan Radio Sinar FM yang telah ke udara. Penubuhannya pada 1 Mac 2004. Klik sini untuk mendengar chanel sinar fm yang merupakan muzik retro terbaik.  Aku sebenarnya suka dengar radio sinar fm kerana ia lebih sejiwa dengan aku.

MP :  Cuaca panas berbahang......

Comments

Popular posts from this blog