Wednesday, November 27, 2013

Perigi Hang Tuah Di Melaka

Perigi Hang Tuah Diiktiraf Di Bawah AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Di Melaka banyak tempat menarik yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.  Antara tempat yang senantiasa dikunjungi iaitu Perigi Hang Tuah yang terletak di Duyong.  Lokasinya terletak hanya lebih kurang 7 km dari Bandar Melaka.


Batu Peringatan Perigi Hang Tuah
Apa yang menariknya di sini?  Sudah tentu ler Perigi Hang Tuah yang menjadi salah satu Warisan Negara mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.  


sukanya my daughter dapat pergi di sini
Last aku pergi masa my twin berumur 12 tahun....lama kan....entah kenapa petang ahad yang lepas aku boleh tergerak nak pergi kat sini.  Banyak perubahan dan penambahbaikkan berbeza dahulu dan sekarang.

Lokasi Perigi Hang Tuah
Air di Perigi Hang Tuah biasanya dibuat minum dan membasuh muka.  Di gerai berdekatan ada dijual botol-botol kosong untuk mengisi air Perigi Hang Tuah.


Tapak Kaki Hang Tuah
Mengikut sejarah perigi ini digali oleh Hang Tuah.  Perigi ini dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.  Keadaan bentuk pada asalnya adalah kecil tetapi lama kelamaan ia menjadi besar dan dalam.  Airnya juga dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.



Di sini juga ada gerai-gerai di kiri kanan yang menjual barangan buatan tempatan. Memang banyak barang jualan yang menarik boleh dibeli di sini.  Ada barang perhiasan, makanan, permainan, topeng muka, kraftangan dan sebagainya hasil dari buatan tempatan.
Harganya memang berbaloi beli 3 barang makanan hanya Rm 10 sahaja.  Tengok barang apa yang kita mahu.  Di sini juga ler aku membeli 1 pack mee siput.....(nanti aku story masak mee siput di next entry).  Kemudahan parkir ada disediakan juga dan tiada bayaran dikenakan.



View Larger Map

MP :  Melawat Melaka banyak tempat bersejarah yang menarik......