Asyik Belanja Makan Jer...

KFC Crazy Crunch Feast
KFC Crazy Crunch
Tengah hari tadi my boss belanja lagi kita orang kat office ini makan.  Makan lagi....asyik belanja makan jer. Lain kali belanja ler jenjalan cuti-cuti Malaysia ke @ cuti-cuti ke luar negara ke.....hihi ....banyak cantik ko punya muka boss nak belanja jenjalan.....
My boss belanja KFC Crazy Crunch dan Pizza Hut.  My colleague yang tolong belikan kat Aeon Jaya Jusco tadi.  So my colleague beli flavour yang baru iaitu KFC Crazy Crunch dan Cheesy Bites Trio dari Pizza Hut.  So sampaikan aku tak sempat nak ambil gambar betapa penuhnya meja makan kita orang dengan KFC dan Pizza Hut.  Flavour terkini dari Pizza Hut memang sedap, fresh dan berbaloi padat dengan mushrooms dan topping of chicken strips. KFC Crazy Crunch pula mengandungi perisa daun kari yang digoreng bersama ayam, memang sedap flavour KFC ini, rugi tak rasa.

Pizza Hut
Akibat terlalu banyak makan flavour KFC dan Pizza Hut, petang tadi aku rasa macam sakit kepala sehingga ke malam kepala ini rasa berdenyut-denyut.  Juga rasa kenyang yang teramat sangat dari siang tadi malam ini aku hanya nak makan Tangy Coleslaw large lebihan makanan siang tadi.  Lagi pun malam ini aku tak masak akibat sakit kepala dan my hubby belikan jus epal....yummy...sedapnya bila minum jus epal ini......

MP :  Duduk rehat jer malam ini......

Comments

Popular posts from this blog