Lambang Kompeni Di PUSASDA
Lambang Kompeni di PUSASDA |
Setelah perajurit muda melapor diri mereka akan diserapkan ke kompeni-kompeni.
Kompeni adalah satu unit di dalam pasukan tentera, umpamanya di dalam Tentera Darat Malaysia. Kompeni dipecahkan menjadi 3 ataupun 4 platun. Sebaliknya, 3 ataupun 4 Kompeni digabungkan menjadi satu batalion.
Kompeni biasanya diberikan nama mengikut huruf abjad, iaitu kompeni “A”, Kompeni “B”, Kompeni “C” dan sebagainya. Lazimnya, anggota tentera mengunakan huruf fonetik, menjadikan panggilan Kompeni “Alpha”, Kompeni “Bravo”, Kompeni “Charlie” dan sebagainya.
Di PUSASDA terdapat 10 buah kompeni iaitu :-
1. ALPHA (PANTANG DICABAR)
2. BRAVO (SEDIA BERKORBAN)
3. CHARLIE (TANGKAS PERKASA)
4. DELTA (PANTANG UNDUR)
5. ECHO (BRANEE MATEE)
6. FOXTROT (BERIMAN MENENTANG)
7. GOLF (BIAR PUTIH TULANG)
8. HOTEL (GAGAH MENENTANG)
9. INDIA (SETIA GAGAH)
10. JULIET (GEMPUR SRIKANDI)
Hanya kompeni Juliet dianggotai oleh perajurit muda wanita yang lainnya dianggotai oleh perajurit muda lelaki. Setiap kompeni dianggotai oleh kira-kira 200 orang perajurit muda. Kompeni di sini seumpama hostel terdapat beberapa bilik yang didiami oleh perajurit muda semasa menjalani latihan.
Fungsi kompeni-kompeni amat penting dalam menentukan tanda aras perajurit muda. Pelbagai latihan dan pertandingan bagi menentukan kompeni mana yang terbaik. Untuk pengambilan 172/2013 yang lalu perajurit muda lelaki (keseluruhan terbaik) datang dari kompeni GOLF.
Fungsi kompeni-kompeni amat penting dalam menentukan tanda aras perajurit muda. Pelbagai latihan dan pertandingan bagi menentukan kompeni mana yang terbaik. Untuk pengambilan 172/2013 yang lalu perajurit muda lelaki (keseluruhan terbaik) datang dari kompeni GOLF.
MP : Teringat kenangan semasa anakku selamat menjalani latihan di PUSASDA dia dari kompeni GOLF.....
Comments
Post a Comment