Hadiah Dulu Tak Sama Dengan Hadiah Sekarang


source from google

Khamis lepas telah diumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2013.  Melaka telah mendapat tempat ke-2 di peringkat kebangsaan dengan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 2.17 pada tahun lalu kepada 2.13 tahun ini berkongsi dengan Negeri Sembilan di belakang Putrajaya di tempat pertama.  Pencapaian Melaka jauh lebih baik dari Gred Purata Nasional iaitu 2.27.

Persoalannya sekarang ramai pelajar yang mendapat keputusan terbaik dan kebanyakannya hadiah yang dituntut oleh anak-anak kita merupakan gadget-gadget terkini.  Berbaloikah pada para parent untuk memberi hadiah berkenaan?  Zaman sekarang ada yang 'show off' dan ia mengikut pada kemampuan masing-masing.  Berbeza dengan pemberian hadiah pada zaman mak bapak kita dahulu.  Dulu-dulu mana ler ada gadget canggih, hanya ada makanan istimewa dihidangkan @ pun yang paling besar pemberian jam tangan dari parent kita.

Peperiksaan UPSR ini merupakan satu permulaan dalam menempuh sistem pendidikan di sekolah.  Selepas ini ada lagi peperiksaan besar yang wajib dihadapi oleh para pelajar. Jangan jadikan keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan UPSR ini sebagai penamat dalam sistem pendidikan di sekolah.  Sebaliknya jadikan ia sebagai permulaan dan pemanas untuk mencipta satu kecemerlangan dari satu tangga ke satu tangga sehingga menuju ke puncak kejayaan.

Kejayaan dalam bidang akademik bukan penanda aras cemerlangnya pelajar berkenaan. Cemerlangnya pelajar harus seiring dengan Kecerdasan Intelektual (IQ), Kecerdasan Spiritual (SQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ).

Dalam 10 orang anak-anak kita ada yang baik dan ada yang sederhana.
"Teringat semasa anak kembarku mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.  Sebagai pembakar semangat aku menghadiahkan handphone kepada anak perempuanku kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR  dan 8A dalam UPKK.  Manakala kembar lelaki 'average'. Sebagai parent berilah sokongan dan dorongan untuk anak-anak kita menempa kejayaan. Sekarang anakku yang lelaki dah bekerja sebagai tentera kerana minatnya terhadap bidang ketenteraan dan kembarnya masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)."

Segalanya dah ditentukan ke mana hala tuju anak kita, kalau rajin usaha dan tawakal,Insya-Allah berjaya.  Begitulah juga sebaliknya yang sederhana itu sekarang akan membantu adik beradiknya yang lain.  Mudahnya jalan yang ditunjukkan olehNYA......

MP : Rajin-rajinlah muhasabah diri sendiri, kita yang seharusnya mewarnai dan membentuk keluarga kita sendiri bukannya orang lain.....

Comments

Popular posts from this blog