Kemudahan Di UTC Melaka

No pendaftaran
Akibat sakit kepala yang teramat sangat, semalam aku bergegas ke Klinik 1 Malaysia UTC yang terletak di Hang Tuah Mall.  Bangunan UTC terletak tidak jauh dari kediaman saya.

Kalau pergi sebelah malam hanya Penolong Pegawai Perubatan jer yang ada, berbanding di sebelah siang ada Pegawai Perubatan.  Hanya 2 ubat jer diberi ubat Paracetamol & Prochlorperazine Maleate untuk meredakan sakit kepala. Sepatutnya nak pergi ke klinik panel tetapi limit bayaran klinik hampir mencecah kuota terpaksa le ke Klinik 1 Malaysia yang mengenakan bayaran hanya RM 1.00 sahaja.

Bayaran lesen untuk setahun

Terlanjur ke Klinik 1 Malaysia, aku naik ke tingkat 2 ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk renew lesen memandu yang akan tamat minggu depan.  Bayaran setahun hanya RM 30.00 sahaja.  Bermula tahun ini ada perubahan pada lesen memandu, jika dahulu kita perlu 2 kad lesen memandu (satu yang bergambar dan satu yang renew lesen) tetapi sekarang hanya perlu 1 kad lesen memandu sahaja yang mempunyai gambar seperti Kad Pengenalan. Urusan di UTC memang cukup mudah dan selesa untuk orang ramai yang agak sibuk di siang hari. Segala urusan boleh dilakukan di UTC yang mempunyai banyak kaunter badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, SPAD, PTPTN dan sebagainya. 

Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan di UTC

MP :  belum makan ubat lagi....

Comments

Popular posts from this blog