Lokasi Nasi Ayam Bonda Di Melaka

Nasi Ayam Bonda

Hari ini aku nak cerita mengenai nasi ayam. Kalau kat Melaka banyak kedai nasi ayam yang popular dan rasa yang superb.  Antaranya Nasi Ayam Singapore, Nasi Ayam Special, Nasi Ayam Gemas, Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Bonda dan banyak lagi ler. Masing-masing ada test yang menarik dan tersendiri.

Tapi hari sabtu lepas aku singgah makan di kedai Nasi Ayam Bonda.  Lokasinya terletak di Kampung Pasir Putih, Bachang Melaka.

Harga sepinggan hanya RM 4.50 sahaja.  Bagi aku kesedapan 'nasi ayam bonda' terletak pada cili dan supnya. Cili nasi ayam yang bercampur dengan kicap manis ini terasa macam sambal belacan ....ada masam-masam sikit, pedas sikit, manis sikit.....tapi memang meleleh ler kalau makan.  Supnya pula memang terasa rempahnya, aku memang suka makan sup, first kalau aku pergi kedai yang ada hidang sup aku akan test supnya dulu, kalau sedap aku akan cakap sedap, kalau tak memang aku cakap tak.  Serius supnya memang power (ikut tekak aku).   

Nasi ayamnya dihias dengan potongan timun dan karot...so cantik ler.... Lagi satu aku suka penyediaan air limaunya, air batunya memang hancur dan aku telan sampai ke perut....hehehe...

Map Ke Warung Nasi Ayam Bonda
MP :  Kalau uolls datang ke Melaka, singgah ler kedai nasi ayam ini....memang penuh dengan pelanggan....dibuka setiap hari kecuali Jumaat petang (kalau tak silap ler)

Comments

Popular posts from this blog