Operasi .......

Beg operasi

Hari ini ada Operasi Bambu di Segaliud Sabah selama hampir 2 minggu. Operasi ini merupakan acara tempur di dalam hutan. Pelbagai senjata akan digunakan dalam menjayakan operasi. 


Peralatan Operasi - Peta & Rangsum Tempur
My sons merupakan krew Mortar 60mm.  Peluru yang digunakan mesti ler peluru hidup berbanding dengan senjata lain yang bercampur-campur pelurunya.  Kebiasaannya senjata yang dibawa iaitu M4, M203, CARL GUSTAV, GPMG, MINIMI, MORTAR 60mm dan sebagainya.  Senjata yang paling disukai oleh my son iaitu GPMG kerana pelurunya berantai. Untuk mengendalikan senjata perlukan latihan tempur dan data teknik yang betul.(tunggu entry senjata nanti...)

So sebelum operasi skot-skot kena prepare barang-barang yang perlu dibawa masuk ke dalam hutan.  Selain baju loreng, Rangsum Tempur merupakan barang yang amat penting. Rangsum Tempur merupakan set makanan tentera semasa masuk di dalam hutan. Didalamnya terdapat makanan yang sedia dimasak @ dipanaskan, ada beras, minyak masak, mancis dan juga lilin. Semua makanan sudah disteril dan packing baik.  Selain itu mengikut kata my son beliau akan membawa Rangsum Tempur 5 pack, maggi 3 pack dan 1 pack nescafe.  Pernah terjadi kalau tak cukup bekalan makanan di dalam hutan terpaksa ler cari alternatif lain iaitu memakan 'orang utan'....ada berani.....???

Rangsum Tempur
Bayangkan bagaimana beratnya soldadu kita membawa peralatan berat yang dipikul bersama senjata masing-masing bertempur di dalam hutan bagi melaksanakan operasi tempur ini.....

Semoga operasi kali ini berjaya dan sukses buat semua skot.....buat my son do your best....

picture : facebook skot
MP : Lepas ini ada ops menembak.......

Comments

Popular posts from this blog