Khasiat Daun Misai Kucing
Daun Misai Kucing |
a. Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
b. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah.
c. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing.
d. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang.
e. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.
f. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.
g. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.
h. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai daun misai kucing sila klik di sini....
MP : semoga petua ini boleh dikongsi bersama.....
Comments
Post a Comment