Cara Mengilat But Tentera


Sumber
Catatan ini aku petik dari facebook, teringat aku masa aruah ayah mengilatkan kasut tenteranya menggunakan kiwi kasut.  Bukan senang nak kilatkannya.  Kena ada cara yang betul kalau tak kasut akan berbelang-belang jadinya.  Begitu juga anak aku semasa dia menganggotai kadet tentera dulu, (sekarang dah setiap hari kilat kasut) aku ada tengok cara dia mengilatkan kasut tentera ini.
Dalam tentera kiwi kasut menjadi aktiviti wajib yang perlu dilakukan dan ia menjadi tradisi.  Kebanyakkan skot baru ramai yang tension memikirkan cara nak mengilatkan kasut itu.  Ia mengajar erti kesabaran dan mendidik anggota tentera kerana setiap benda yang mustahil akan menjadi kenyataan.

Caranya :-

1. Bersihkan semua kekotoran dari but. Jika perlu, basuh dan berus .
2. Balut kain lembut (duster cloth..kain lampin lembut atau kapas lembut boleh juga) pada jari telunjuk. Pastikan tak berkedut. Sapu sedikit kiwi pada but. Gosok sehingga kelihatan kilauan pucat.
3. Bila dah nampak kilauan tu..dan kiwi dah meresap ke dalam but, Celupkan jari berbalut kain tu dalam air. Gosokkan pada tempat yang dikiwi tadi dalam gerakan bulat..dalam 1 inci diameter. Teruskan sampai nampak kilatan mula terserlah.
4. Biar kering kejap. Bila dah kering..ulang langkah 2.   Biar kering.....dan ulang lagi.
5. Bila dah nampak berkilat…...lembabkan kain tu dan colek kiwi.....sapu lagi.   Teruskan hingga kilauan itu makin terserlah. Ingat..kain lembab..bukan kain basah. Ulang sampai puas hati.
6. Ambik berus kasut yang lembut dan gosok kasut sampai kilauannya makin jelas.  Ambik kain lembab tadi dan gosok kasut tu sehingga puas hati dengan kilauan.

TIPS

• Pastikan pilih kiwi yang terbukti jenamanya. Jangan ingat murah jer. Yang murah kadangkala membuatkan kasut jadi berkerak-kerak.
Taruk kiwi kat hujung-hujung kasut sekali. Pastikan tepi-tepi kasut itu pun dikiwikan sekali.
• Nak cantik, 8-9 lapisan akan membuahkan hasil terbaik.....pada step terakhir tu......Insyaallah
• Bahagian belakang sudu boleh digunakan untuk menyumbat kiwi ke dalam retak-retak kat but sebelum ditambah lapisan kilat
• Nak dapatkan kilatan yang boleh suluh muka, gunakan kiwi yang ada Parade Shine SELEPAS kasut dah dikilatkan.  Jangan letak awal-awal.....retak kasut nanti,kerana ia mempunyai silicon
• Kalau takda kain dust cloth tu....boleh juga gunakan cotton wool
• Satu lagi langkah yang boleh dibuat adalah dengan melarutkan kiwi sebelum dituang ke atas but. Jangan pergi letak kat dapur pulak.  Cukup dengan rendam tin kiwi dalam air panas kemudian colek dengan kain bila ia dah cair.

Kredit : The Realblackdaggers

MP : Isteri-isteri tentera tentu tahu cara nak kilatkan kasut suami masing-masing....yea tak?.....

Comments

Popular posts from this blog