Monday, November 18, 2013

Spek Ray-Ban Patah

Ray-Ban Original


Cangkuk Ray-Ban yang aku pakai patah sedikit dan nampak sompek (broken) di bahagian hidung. (faham tak maksud ayat ini...)  Puas cari kedai kat Melaka yang menjual aksesori Ray-Ban ini.  Dorang cakap kena pergi kedai yang menjual Ray-Ban original.
Ada kedai tak der aksesori ini, kalau nak kena order dulu ambil masa dalam sebulan...(lamanya).  Bila aku tanya harga ada yang kata dalam RM 20 atau RM 50. Soalnya mana satu yang betul ? Takut jugak dapat yang bukan original. Cangkuk putih ini bukan jenis screw tapi ia lekat pada besi spek tu....(susahnya....) Nak pergi kedai yang aku beli Ray-Ban ini tak mungkin.....(jauh sana luar negara.....huhu)

Hari ini aku nak pergi kedai cermin mata yang lain pulak....cari sampai jumpa....
Ada sesiapa tahu tak kat kedai mana boleh dapat aksesori ini....?

Yang warna putih tu yang patah sedikit....
MP :  Tak faham aku kenapa semua kedai tak jual aksesori Ray-Ban nie.....