Monday, November 11, 2013

Beli Wireless Mouse Dapat 5 Free Gift

Wireless Mouse
Hari tu aku ada pergi kedai komputer untuk repair komputer yang ada virus.  Sambil tu memang nak cari mouse baru, mouse lama aku tengah sengal-sengal (sakit rasanya).

Kedai yang aku pergi tu tengah buat promosi, 'buy 1 free 5'.  Ada barangan terpilih yang dijual promosi termasuk 'wireless mouse' nie aku dapat 5 lagi barang free. Menarikkan...harga 'wireless mouse' dalam RM 18.00  masa promosi, harga biasa dalam RM 30.  Antara barang free iaitu mouse pad, optical mouse, lcd screen cleaning set, 14in laptop keyboard protector dan square CD holder.  Cer tengok gambar kat bawah nie....berbaloi-baloi....

Free Gift
Nak tahu tak kat mana kedai nie? Kalau sesiapa yang tinggal di Melaka lokasi kedai ini di lokasi baru iaitu Kota Laksamana sederet dengan Pizza Hut Delivery berdekatan dengan traffic light menghala ke bekas tapak Eye On Malacca dan Mahkota Parade.  Nama kedai ini PC Depot yang berwarna merah....senang nampak....

MP : Puas hati beli wireless mouse dapat 5 free gift......