Thursday, November 28, 2013

Mee Siput Sedap Dan Simple

Mee Siput
Mee siput ini aku beli masa melawat kawasan pelancongan di Perigi Hang Tuah Duyong, Melaka.  Memang sukar nak cari mee siput yang ada tanda halal.  Kalau kat shopping mall kebanyakkan status halalnya diragui.  
So bila dah jumpa ini sure aku beli.  Last week aku cuba memasaknya sebab before ini memang tak pernah masak mee siput.

Jom jengah resepi sedap dan simple......
Bahan-bahannya:-

8 sanggul Mee siput
2 sudu besar cili boh
2 potong ayam dipotong kecil
1 ulas bawang besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu serbuk perencah Tumix
1 cili merah dihiris
1 cili hijau dihiris
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
Mee siput direndam dengan air panas lebih kurang 15 minit sehingga lembut kemudian ditoskan.
Panaskan minyak.  Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga garing.
Masukkan ayam yang dipotong kecil tadi bersama sos tiram, garam dan gaulkan dengan serbuk perencah Tumix.
Akhir sekali masukkan mee siput yang dah cukup lembut tadi dan goreng sebati.
Selepas itu boleh dihidangkan dan letak bawang goreng @ daun sup sebagai hiasan.
Boleh dimakan beramai-ramai bersama family.....

# Boleh juga diletakkan udang + sotong sebagai perencah.
# Bahan tumis boleh dipelbagaikan ikut kesukaan masing-masing.
# Ada juga yang suka mee siput ini dibuat sup selain digoreng.

Mee siput yang siap digoreng

MP :  Macam sedap jer mee siput ini dan menjadi kesukaan anak-anak....